PERLEMBAGAAN
BAGI
PERSATUAN
ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN RAGKAM, TAMBUNAN, SABAH
(No. Pendaftaran: PPM-015-12-12042016)
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN RAGKAM, TAMBUNAN, SABAH
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : -
3. Bertaraf : Negeri
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
RUMAH KEDIAMAN ENCIK TIM LEARY @ TIMOTHY THADIUS, KG.
KUYUNGON 89650 TAMBUNAN SABAH
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
PETI SURAT 185, KG KUYUNGON, 89657 TAMBUNAN SABAH
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat
Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih
dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
1. Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar institusi tersebut di
fasal 1.
2. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran
daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.
3. Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan
persahabatan dan semangat kekitaan melalui progam-program pertubuhan.
4. Menjalankan
aktiviti-aktiviti untuk untuk ahli-ahli.
5. Mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan
pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
6. Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan
kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan
institusi
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i.
Kewarganegaraan : Malaysia
ii.
Umur Minima : 18 tahun
iii.
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Sabah
iv.
Keturunan/Bangsa :
Semua
v.
Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi.
Agama : Semua
vii.
Kriteria Keahlian Yang Lain : Bekas Pelajar Sk. Ragkam
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli
biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan
boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa
dan terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
TIADA
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka
perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan
dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan
seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan
yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli
Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN
DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan
hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha
dan menjelaskan segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan
atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh
dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan
munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung
keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah
diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk : RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgit
Sahaja)
2. Yuran : RM 12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Ringgit
Sahaja)
a. Yuran tahunan
hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari
awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup
( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM (Tidak Berkenaan)
c. Ahli yang
membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat
peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang
membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa
boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya
terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau
kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir
membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu
akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima
sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah
diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan
ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak
alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung
ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang,
hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat
dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada
waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka
berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa
meminda perlembagaan pertubuhan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan
dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
a. mempertimbangkan
laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan
laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
c. memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4. Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 20 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit
mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi
tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah
diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu
hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya
14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan
korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung
Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli
itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari
tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang
sama tidaklah boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu
salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3
bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai
Pertubuhan hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
i.
Seorang
Pengerusi
ii.
Seorang Timbalan
Pengerusi
iii.
Seorang
Setiausaha
iv.
Seorang Penolong
Setiausaha
v.
Seorang
Bendahari
vi.
3 orang Ahli
Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap
pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri
dari Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah
dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi
oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih
semula setiap tahun.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan
kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh
mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat
agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4
kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada
ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau
tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha
bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran
surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan
atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah
dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat
pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa
berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan
disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau
meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan
yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik
ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan
pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus
dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau
melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam
pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau
kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika
difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli
Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua
dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan
Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan
resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah
menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai
undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia
diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi
semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran
Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah
mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan
surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali
buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku
daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti
nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir
dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha
menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan
Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan
penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan
perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa
dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam
perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja
pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih
daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang
yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam
akaun bank atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun
Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara
mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang
Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak
diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih
daripada RM 10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa
tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi
sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11
perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.
Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman
ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di
tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12
bulan iaitu bermula dari 1 Januari .
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang
memegang jawatan selama satu tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan
Pertubuhan bagi satu tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan
menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung
Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit
penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan
mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR
HARTA
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan
atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta
ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh
seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3
orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka
disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan
dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai,
ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa
boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika
perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam
perlembangaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak
selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh
keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14
PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik
orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan
syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis
terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam
Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang
atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau
mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam
Akta Kesatuan Pekerja 1959.
3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada
dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau
pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak
berkuasa yang berkenaan.
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah
Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada
mana-mana ahlinya.
5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan
ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan
kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh
digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana
ahli atau pekerja Pertubuhan.
6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah
ibadat.
FASAL 16 PINDAAN
PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan
persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang
berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang
disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah
mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA,
LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera - Klik Sini
2. Lambang - Klik Sini
3. Lencana – Klik Sini
Logo-logo jawatankuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan